the blog

ok ni edit sendiri eh hahahah letak lah apa yang lu nak letak

Navigation

entries about izzaty


← NEWER
OLDER →

Hari Qiamat.Sediakah anda?
Assalamualaikum,
tak terlambat ambe mengucapkan salam maal hijrah kepada tiada siapa yg mmbaca blog ini.

يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ. 
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

(Al-A'raf, 7:187)
hari ni ambe saja nk membincangkan isu hari kiamat.benda yang semua orang tahu tetapi tidak mengambil inisiatif dalam meningkatkan iman dan taqwa bagi menghadapi Hari Qiamat.

tidak mahu ambe ulas banyak2 pasal hari qiamat.Cuma ambe nak beritahu antara tanda2 kecil dan tanda2 besar yang berlaku sebelum Qiamat

Tanda2 kecil.

dibahagikan kpd 2 iaitu:-

Yang sudah berlaku:
  1. Diutusnya Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w
  2. Kewafatan nabi Muhammad s.a.w
  3. Terbelahnya bulan
  4. penaklukan baitulmuqaddis
  5. Muncul org yg mengaku nabi.
  6. Tersebar penyakit taun
  7. Berlaku peperangan dgn Turki
Yang sudah terjadi dan mungkin berulang:

  1. Fitnah berleluasa
  2. Memberi salam kpd orang dikenali sahaja
  3. Putusnya silaturrahim
  4. konspirasi sesuatu umat ke atas umat Islam
  5. Amah dipersia-siakan
  6. Riba berleluasa
  7. Perbuatan seks luar nikah banyak berlaku
  8. Bermegah membangunkan masjid
  9. wanita2 brpakaian tetapi sprti bertelanjang
  10. dll.

Tanda2 Besar:

  1. Kemunculan Imam mahdi(berbeza dari fhmn syiah)
  2. Munculnya Dajjal
  3. Turunya Isa al Masih
  4. Keluar Yakjuj dan Makjuj
  5. matahari terbit dari barat
  6. Kluar binatang melata yg bercakap
  7. hancurnya Kaabah

Itu antaranya sahaja.sekarang ini pelbagai perbahasan berkenaan Qiamat dilakukan sama ada pembelajaran drpd kitab2 agam oleh para ulama atau jangkaan para ilmuan sains yg selama ini mengesahkan ianya akan terjadi pada suatu hari

namun begitu,

kita hanya mampu bersiap sedia dgn bekalan ibadah yg kita lakukan kerana kita tidak tahu bila ianya akan terjadi.


sumber rujukn:
Peristiwa2 dahsyat menjelang kiamat:Bencana Akhir Zaman
karangan Fahrur Muis



Keutamaan Puasa 6 Hari di Bulan Syawal ^_^
Dalam syariat Islam, selain puasa wajib di bulan Ramadhan, kaum muslim pun diperintahkan untuk menjalankan ibadah puasa sunah selama 6 hari di bulan Syawal. Puasa sunah ini memiliki banyak keutamaan, di dalam hadits Qudsi Allah Swt berfirman, "Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia (puasa) adalah untukKu dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu)."


Keutamaan Puasa 6 Hari di Bulan Syawal - Puasa 6 hari di bulan Syawal memiliki dalil yang sahih.


(مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ (رواه مسلم

“Barangsiapa yang telah melaksanakan puasa Ramadhan, kemudian dia mengikutkannya dengan berpuasa selama 6 (enam) hari pada bulan Syawal, maka dia (mendapatkan pahala) sebagaimana orang yang berpuasa selama satu tahun.” [HR. Muslim (hadits no: 1164, Kitabussiyam; Bab disunnatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


Hukum berpuasa enam hari di bulan Syawal adalah sunah yang boleh dilaksanakan mulai tanggal 2 Syawal. Apabila melaksanakan puasa sunah 6 hari ini pada tanggal 1 Syawal maka hukumnya haram. Dalam hadits disebutkan, dari Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata, “Nabi Muhammad Saw., melarang berpuasa pada dua hari raya; Aidul fitri dan Aidul adha.(maksudnya tanggal 1 Syawal/ 10 bulan Dzulhijjah - red).” (HR. Bukhari, No: 1991; Kitab as-Shaum; Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri)

Berpuasa 6 hari di bulan Syawal sama dengan berpuasa di bulan Ramadhan, boleh bersahur dan berhenti sahur saat waktu imsak. Perbezaannya, pada saat melaksanakan puasa 6 hari di bulan Syawal, boleh dilakukan secara berurutan atau berselang hari yang penting masih di bulan Syawal. Namun apabila merujuk pada firman Allah dalam surat Ali Imran ayat 133, sebaiknya dilaksanakan sesegera mungkin.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Allah berfirman, “Bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”.

Ini bererti bahawa lebih afdal melakukan Puasa sunat enam hari dibulan syawal dilakukan dengan segera iaitu pada 2 syawal hingga 7 syawal.


Sekian,Assalamualaikum. ^_^y




LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN~(^_^~)
Firman Allah s.w.:

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar:

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Tanda Malam Lailatulqadar:
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.